Wednesday, February 10, 2010

DOKUMEN UNTUK PEMBELIAN LORI

Soalan:
Apakah dokumen yang diperlukan oleh pihak Bank untuk pinjaman pembelian lori?

Jawapan:
Dari pengalaman berurusan dengan pihak Bank, 4 dokumen ini sudah memadai untuk mendapat pinjaman lori:
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen Memandu*
3. Salinan Sijil Daftar Perniagaan( ROB/ROC)
4. Salinan Bank Statement (terbaru)
*Sekiranya anda belum lagi mempunyai lesen memandu kereta/lori yang sah, lesen kelas D, anda masih boleh memohon pinjaman lori melalui 2 cara berikut:

1. Pinjaman dengan AMBANK. Selain salinan IC dan penyata bank terkini, anda hanya perlu menyertakan dua keping gambar bersaiz IC anda.

2. Dalam kes permohonan pinjaman yang memerlukan penjamin, jika penjamin anda mempunyai lesen memandu kereta/lori, anda hanya perlu mengemukakan lesen penjamin anda.

Baru-baru ini, melalui pengalaman membuat pinjaman bank untuk pembeli saya, ada kes-kes tertentu, MAYBANK melepaskan pinjaman pembeli yang hanya memiliki lesen motorsikal sahaja.

BERKUASA,EKONOMI DAN MUDAH DIKENDALI

BERKUASA,EKONOMI DAN MUDAH DIKENDALI

pemanduan yang selesa

pemanduan yang selesa

MODEL TERBARU

MODEL TERBARU

MODEL FE84DCDSRFAB TIPPER

MODEL FE84DCDSRFAB TIPPER